GP perkenal caj baharu langgar Akta 712 – MyCC

GP perkenal caj baharu langgar Akta 712 – MyCC

LEBIH 200 doktor dan pekerja kesihatan berkumpul di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam bagi membantah pelaksanaan peraturan yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan dan ekoran itu mereka juga bercadang menaikkan caj ekoran pematuhan peraturan baharu itu. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang keputusan yang dibuat oleh persatuan termasuk yang mewakili doktor atau pengamal perubatan am swasta (GP), untuk memperkenalkan caj tambahan boleh dianggap melanggar Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, ia termasuk caj tambahan seperti caj preskripsi, yuran pendaftaran, caj pematuhan peraturan dan yuran kemudahan sama ada telah dilaksanakan atau sedang dipertimbangkan.

Jelasnya, di bawah seksyen 4(2)(a) Akta 712, doktor atau pengamal perubatan am swasta diklasifikasikan sebagai ‘perusahaan’ dan sebarang persetujuan antara perusahaan termasuk keputusan persatuan untuk menetapkan harga atau syarat dagangan boleh dianggap sebagai anti-persaingan.

“Tingkah laku sebegini dikategorikan sebagai pelanggaran yang serius yang lazimnya dirujuk sebagai aktiviti kartel dan adalah salah tanpa me­ngira sama ada perkara ini telah dilaksanakan atau hanya dipersetujui,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, apabila mana-mana persatuan atau pertubuhan bersetuju secara kolektif untuk memperkenalkan caj baharu, tindakan ini boleh ditafsir sebagai satu perjanjian menetapkan syarat dagangan.

“Begitu juga, sebarang cadangan harga sama ada mengikat atau tidak, boleh dianggap sebagai penetapan harga di bawah Seksyen 4 Akta 712.

“Oleh itu, Persatuan Pe­ngamal Perubatan Swasta Sarawak (SPMPS), Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Selangor dan Kuala Lumpur (PMPASKL) serta Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang (PMPS) adalah diingatkan tentang kebarangkalian melanggar undang-undang tersebut,” katanya dalam ke­nyataan hari ini.

Justeru, MyCC menggesa SPMPS untuk menarik balik nasihat yang dikeluarkan kepada ahlinya yang menggalakkan pelaksanaan caj-caj baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN