Siasatan terhadap Azam Baki masih terbuka - Utusan Malaysia

Siasatan terhadap Azam Baki masih terbuka

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki masih terbuka dan bukan bermaksud selesai walaupun rumusan telah dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal Undang-undang, Muhammad Rafique Rashid Ali mencadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya bebas diketuai bekas hakim atau bekas peguam negara bagi menyiasat secara keseluruhan aspek termasuk pemilikan saham, salah guna kuasa atau kekayaan melampau.

Malah katanya, jawatan kuasa itu perlu dianggotai wakil daripada pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SC serta agensi berkaitan bagi menyiasat dakwaan terhadap Azam sebelum ini.

“Kita perlu faham SC hanya melakukan inkuiri awal dan ia baru permulaan selepas Azam membuat pengakuan. Siasatan penuh belum selesai. Maka SC sebagai badan yang bertanggungjawab mengawal, ada hak untuk membuat inkuiri awalan tersebut.

“Namun, sebenarnya siasatan terhadap Azam masih terbuka. Kes jenayah tiada had masa berbanding kes sivil iaitu enam tahun. Justeru satu jawatan kuasa atau suruhanjaya khas perlu ditubuhkan dengan diketuai bekas hakim atau bekas peguam negara, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai ketua agensi yang sepatutnya mengekang segala isu ketirisan atau rasuah,” katanya di sini, semalami.

Dalam pada itu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi mempersoal tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang sehingga hari ini masih membisu tanpa sebarang ulasan berhubung kes berkenaan.

Ini kerana, menurutnya, terdapat dua isu yang sepatutnya diteliti bukan sahaja SC tetapi Peguam Negara.

“Ada dua sudut berbeza iaitu pegangan saham dan jumlah belian saham yang begitu besar serta dilihat melampau,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN