Didakwa bunuh 'bouncer' selepas 12 tahun diburu

Didakwa bunuh ‘bouncer’ selepas 12 tahun diburu

OOI Ching Leng tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pe­kerja aksesori dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, 12 tahun lalu.

Tertuduh, Ooi Chin Leng, 38, mengaku faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Bagaimanapun, tiada peng­a­kuan direkodkan kerana kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-bersama seorang yang masih bebas didakwa membunuh Fouzi Hussen, 24, di Taman Desa Murni, Sungai Dua pada pukul 5.25 pagi, 24 Januari 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang peruntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun dan sekiranya tertuduh tidak dihukum mati, maka, dia hendaklah dikenakan sebatan minimum 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurameera tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh selain memohon mahkamah menetapkan tarikh bagi mendapatkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh susulan pendakwaan terhadapnya merupakan kes lama dan tertuduh baru ditangkap.

Mahkamah tidak benarkan tertuduh diikat jamin serta me­netapkan 23 Julai ini tarikh sebutan semula kes termasuk mendapatkan profiling DNA tertuduh.

Media pada 24 Januari 2013 melaporkan seorang pengawal kelab malam atau bouncer maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mangsa ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada pukul 5.25 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini