BIMP-EAGA perkukuh kerjasama strategik dengan serantau

BIMP-EAGA perkukuh kerjasama strategik dengan serantau

FERDINAND Marcos Jr (tengah) mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-16 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan kemuncak ke-16 Kawasan Pertumbuhan ASE­AN Timur-Brunei Da­­rus­salam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) semalam dapat memperkukuh lagi kerjasama strategik ASEAN bersama rakan serantau dan global.

Ia merupakan lanjutan kepada momentum positif yang dicapai kelmarin bagi memperkemas agenda pembangunan sub rantau dan mengukuhkan ke­terhubungan rentas sempadan dalam kalangan negara terlibat.

Perdana Menteri Fi­lipina, Ferdinand Marcos Jr. yang mempengerusikan persidangan tersebut berkata, sidang kemuncak ini sangat istimewa kerana ia menandakan lapan tahun kerjasama antarabangsa sejak tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.

“Sejak 2017, kerjasama kami semakin mengukuh dan perkongsian ini telah dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat. Di sam­ping itu, kami juga telah meletakkan asas yang kukuh untuk meningkatkan pertumbuhan yang mampan dan didorong oleh inovasi.

“Kesinambungan daripada inisiatif ini kami teruskan dalam aspek perdagangan dan kemudahan pelaburan, keselamatan makanan dan tenaga, eko-pelancongan, dan perkembangan baharu lain yang memberi manfaat dalam banyak perkara,” katanya.

Selain BIMP-EAGA, hari ini turut menyaksikan tumpuan utama kepada pengukuhan kerjasama ASEAN bersama akan strategik, menerusi peng­anjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China buat julung kalinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN