APM kekal benteng utama negara – Zahid

APM kekal benteng utama negara – Zahid

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dijadual meraikan ulang tahunnya yang ke-73 pada 24 Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kekal sebagai benteng utama negara dan sentiasa bersedia melindungi negara pada setiap masa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agensi itu yang mempunyai lebih 2.2 juta anggota sukarela sentiasa komited dan setia berkhidmat demi ke­selamatan rakyat.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya terus menghargai pengorbanan seluruh anggota APM yang sentiasa bersedia melindungi negara.

“Setiap 1 Mac merupakan peng­hormatan kepada seluruh anggota APM atas peranan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Sejak penubuhannya pada 1952, APM kekal sebagai benteng utama negara dalam pe­ngurusan bencana serta dibantu oleh lebih 2.2 juta anggota sukarela yang komited dan setia berkhidmat demi keselamatan rakyat.

“Marilah kita terus menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota APM yang sentiasa bersedia melindungi kita semua walau dalam apa jua keadaan,” katanya dalam kenyataan.

Di Malaysia, sambutan ini lebih bermakna apabila Mac turut diangkat sebagai bulan Pertahanan Awam,dengan pelbagai program dan aktiviti bakal diadakan sepanjang tempoh ber­kenaan.

Kemuncaknya adalah Sam­butan Hari Ulang Tahun APM ke-73 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN