Harap jenazah anak dapat dituntut

Harap jenazah anak dapat dituntut

LIMA suspek termasuk anak saudara mangsa disambung reman bagi membantu siasatan kebakaran yang mengorbankan nyawa seorang warga emas dan anak angkatnya di Alor Setar, Kedah semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bapa kepada pemuda berusia 23 tahun yang ditemukan rentung bersama bapa angkatnya berharap jenazah anaknya dapat dituntut segera untuk dikebumikan selepas kejadian itu berlaku di Tongkang Yard, Selasa lepas.

Mohd. Zaini Hashim, 63, berkata, buat masa ini jenazah anaknya, Muhammad Muslim, 23, masih ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini berikutan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.

Katanya, dia hanya menunggu pemakluman daripada pihak polis berhubung keputusan DNA itu bagi mengesahkan identiti mayat mangsa rentung adalah anaknya.

“Saya berdoa dan berharap keputusan DNA arwah anak dapat disegerakan. Sama-sama kita berdoa agar urusan pengebumian arwah anak dipermudahkan.

“Keadaan anak dan bapa angkatnya (Ibrahim Mydin, 61) ketika ditemui rentung, jadi kami perlu tunggu keputusan DNA sebelum boleh tuntut jenazah anak meskipun saya dapat mengecam raut wajah dia dan aksesori yang dipakainya,” katanya ketika ditemui semalam.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan polis mengklasifikasikan kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard yang mengorbankan warga emas berusia 61 tahun dan anak angkatnya sebagai kes bunuh dipercayai akibat dendam.

Siasatan mendapati mangsa warga emas membuat laporan telefon bimbitnya dicuri sehari sebelum kejadian, sebelum bertindak menarik balik laporan selepas suspek menyerahkan semula barangan itu.

Sementara itu, tempoh tahanan reman ke atas lima lelaki disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kematian dua lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran rumah mereka di Tongkang Yard, minggu lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali bermula semalam sehingga 3 Februari ini bagi polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kelima-lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara salah seorang mangsa ditahan pada hari kejadian.

Katanya, kejadian yang pada awalnya sebagai kematian mengejut disiasat di bawah Seksyen 302 selepas siasatan lanjut polis bersama bomba menemukan minyak petrol yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal polis juga mendapati perbuatan t terbabit bermotifkan dendam selepas salah seorang mangsa membuat laporan polis kerana kehilangan te­lefon sehari sebelum kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN