KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mark Adam menasihatkan pengikut media sosialnya agar menjauhi najis dadah.
Menurut pelantun lagu Pencuri itu, dadah akan memusnahkan kehidupan kerana membuatkan manusia ketagih kepadanya.
“Jangan ambil dadah ia akan musnahkan masa depan anda, musnahkan anak-anak dan seluruh keluarga.
“Dadah terhasil daripada bahan kimia yang menjadikan seseorang ketagih kepadanya,” katanya dalam Thread.
Penyanyi berusia 47 tahun itu juga menasihatkan warganet agar tidak memulakan pengambilan dadah.
Katanya, najis tersebut membuatkan manusia ketagih dan sukar berhenti.
“Jangan sesekali mulakannya, ia akan menjadi sangat sukar untuk berhenti, kenapa?
“kerana ia terhasil daripada bahan kimia yang dicipta khusus supaya anda menjadi ketagih kepadanya,” katanya lagi.











