Cubaan seludup tiga kilogram ganja guna kurier gagal

Cubaan seludup tiga kilogram ganja guna kurier gagal

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dadah yang cuba diseludup menggunakan kurier di Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas merampas tujuh parcel mengandungi ganja, bunga ganja dan rokok elektronik berisi minyak kanabis di sini, semalam.

Rampasan pukul 1.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan melibatkan tiga kilogram (kg), bunga ganja (56 gram) dan 10 kotak rokok elektronik mengandungi minyak kanabis.

Komander Briged Tenggara Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota ke premis berkenaan dan pemeriksaan menemukan plastik hitam mengandungi tujuh parcel disyaki berisi dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua parcel dibawa ke Komtak Taman Bakti, Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut sebelum menemukan barang-barang yang disyaki dadah. Semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini