KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) diharap dapat mempertimbangkan perbincangan peruntukan bersama wakil kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan parti itu berhubung perbincangan peruntukan berkenaan. Menurutnya, beliau sendiri mengharapkan agar cadangan oleh Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk mewujudkan jawatankuasa dapat ditubuhkan oleh kedua-dua pihak. Jelasnya, penubuhan jawatankuasa tersebut mampu…