Anggota MALBATT akan dipindahkan dari Lubnan jika perlu

Anggota MALBATT akan dipindahkan dari Lubnan jika perlu

ANTARA anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang cedera dalam serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan akan melaksanakan pelan pemindahan bagi kumpulan pertama Pasukan Batali­on Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) yang berada di Lubnan sekiranya diperlukan mengikut situasi semasa di negara ber­kenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan pemindahan kumpulan MALBATT 850-12 itu akan dikordinasikan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) melalui Markas Ang­katan Bersama sentiasa berhubung rapat dengan UNIFIL untuk memantau secara dekat berhubung situasi di Lebanon.

“Anggota-anggota kita yang dihantar juga merupakan mereka yang terlatih,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamed Khaled berkata, ATM juga sentiasa memastikan trup pengaman MALBATT 850-12 sentiasa bersedia menghadapi sebarang misi atau tugas tanpa mengira situasi dan keadaan di sana.

Terdahulu, ATM mengesahkan enam anggota MALBATT 850-12 dilaporkan cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lubnan, kelmarin.

Menurut ATM, insiden le­tupan tersebut berlaku pada pukul 1.54 petang waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

“Kejadian berlaku ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.

“Letupan tersebut me­nyasarkan sebuah kendera­an awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12,” katanya.

Sebelum ini, seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon yang membawa misi UNIFILL.

Kumpulan itu terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Untuk rekod, Malbatt 850-12 mempunyai kekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN