PETALING JAYA: Lima jawatan tertinggi UMNO perlu turun sendiri ke bawah untuk memulihkan kembali keyakinan dan sokongan masyarakat Melayu kepada UMNO semula.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, reputasi UMNO sebelum ini terjejas teruk kerana tomahan bekas pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemimpin utama parti itu.
Katanya, sudah tentu rakyat mudah percaya dan ia memberi kesan buruk terhadap UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU15.
“Kini ia reda dan mula ditolak bila banyak fitnah terdedah. Justeru, Top 5 UMNO mesti turun sendiri ke bawah untuk kembalikan keyakinan dan sokongan masyarakat Melayu balik kepada UMNO.
“Imej dan reputasi pemimpin ‘Top 5 UMNO’ secara langsung jadi imej dan reputasi UMNO keseluruhannya. Bila orang Melayu yakin pada pemimpin Top 5 UMNO imej parti kembali pulih.
“Justeru Top 5 UMNO mesti berhati hati jaga imej dan reputasi UMNO. Ia wajar jadi usul di PAU 2024 (Perhimpunan Agung UMNO 2024),” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN










