Selangor anjur Karnival Kerjaya sehingga akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Selangor anjur Karnival Kerjaya sehingga akhir tahun ini

Karnival kerjaya
PAPPARAIDU Veraman (duduk, kiri) bergambar pada Karnival Kerjaya Jobcare dekat Dewan Sri Jugra, Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sekurang-kurangnya seramai 32 orang ditawarkan pekerjaan, sementara 317 pula dipanggil untuk menghadiri temuduga peringkat kedua daripada keseluruhan 387 individu yang menghadiri Program Karnival Kerjaya Jobcare di Jugra, baru-baru ini.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman dalam satu kenyataan berkata, sebanyak menyertai program tersebut untuk menawarkan pekerjaan menerusi kekosongan 4,627 jawatan terkini.

“Juga terdapat sesi temuduga kerja yang dijalankan sepanjang hari. Orang ramai digalakkan untuk membawa salinan resume mereka dan bersedia untuk temuduga segera.

“Kerajaan Negeri Selangor amat berbesar hati dengan sambutan hangat daripada masyarakat bagi program yang sedang berlangsung ini,” katanya.

Tambahnya, program itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) untuk menyokong pencari kerja dan mempromosikan peluang pekerjaan dalam kalangan warga Selangor.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru warga Selangor yang mencari pekerjaan untuk menghadiri Program Karnival Kerjaya Jobcare yang akan berlangsung di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini. – UTUSAN

 

Daerah Tarikh Tempat
Hulu Langat 17 Ogos 2024 Dewan Perbandaran MPAJ
Gombak 21 September 2024 Dewan Beringin Taman Sri Gombak
Klang 5 Oktober 2024 Dewan Hamzah Klang
Kuala Selangor 19 Oktober 2024 Dewan Dato’ Penggawa Permatang
Sepang 16 November 2024 Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi
Sabak Bernam 14 Disember 2024 Dewan Tun Razak

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×