Jenazah Nidza Afham selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah Nidza Afham selamat dikebumi

Nidza dikebumi
SUASANA pengebumian Allahyarham Nidza Afham dekat Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam di sini, kira-kira pukul 6.45 petang ini.

Terdahulu, jenazah penyanyi yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu disembahyangkan di Masjid Puncak Alam.

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan di Felda Bukit Cherakah itu yang dipenuhi ratusan ahli keluarga, saudara mara dan kenalan arwah.

Bacaan talkin pengebumian itu diketuai Nazir Masjid Puncak Alam, Aiman Wafiy Roslan.

Jenazah abang kepada penyanyi, Aufahanie sebelum itu dibawa dari Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) selepas selesai proses bedah siasat dan dikafankan, kira-kira pukul 5 petang.

Difahamkan, proses bedah siasat Allahyarham selesai kira-kira pukul 3 petang selepas dijalankan bermula 11.15 pagi.

Utusan Malaysia melaporkan Nidza Afham hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang untuk berjoging, kira-kira pukul 7.45 petang kelmarin.

Lokasi terakhir keberadaan lelaki yang memakai baju gelap itu adalah di Jambatan Kota berdekatan ibu pejabat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Ia susulan penemuan sebuah telefon bimbit dan dompet berisi dokumen mangsa seperti kad pengenalan dan kad pelajar di atas jambatan tersebut.

Polis bagaimanapun mengesahkan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik pemuda itu telah hilang.

Kehilangan peserta rancangan realiti Can See Your Voice 3 itu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Sungai Klang iaitu satu kilometer dari Jambatan Kota, pukul 7.30 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN