Sidang DUN kecoh, Mohd. Shafie desak Menteri Kewangan tarik kenyataan

Sidang DUN kecoh, Mohd. Shafie desak Menteri Kewangan tarik kenyataan

MOHD. Shafie Apdal (kiri) semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bertukar kecoh apabila Ketua Pembangkang DUN Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggesa Menteri Kewangan menarik semula kenyataan berkaitan terbitan bon.

Mohd. Shafie (Warisan-Senallang) meminta agar sangkaan jahat mengenai beberapa fakta yang diutarakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun semalam ditarik balik.

“Penting untuk kita perbetulkan di Dewan. Menteri menyatakan tentang bon, saya pengerusikan mesyuarat supaya buat terbitan bon, itu tidak benar. 

“Pengurusan (SIP-Sabah International Petroleum) mungkin buat keputusan, mungkin ada minit mesyuarat pengurusan tapi bon tidak diluluskan ketika itu. Terbitan sukuk yang saya bangkitkan adalah RM15 bilion daripada Bank Pembangunan Sabah (SDB). 

“Arahan saya RM15 bilion itu untuk pembinaan pelabuhan di Kudat dan Empangan Papar. Itu dua arahan saya, tiada kaitan dengan SIP sebab saya sedar kita tidak mahu pinjam duit untuk bayar hutang. Ini perkara yang perlu diperbetulkan, saya minta supaya dia tarik balik,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, kenyataannya menuduh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah satu sangkaan jahat, kerana beliau tidak menuduh terbitan bon dibuat oleh kerajaan GRS dan bukan juga kerajaan Warisan. Terbitan bon itu dilakukan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kenyataan Menteri Kewangan itu harus ditarik balik kerana beliau tidak mengatakan hutang SIP ini dibuat oleh kerajaan GRS, beliau tidak memfitnah kerajaan GRS.

Masidi kemudian membalas bahawa kenyataan yang dibuat semalam berasaskan kepada minit mesyuarat Lembaga SIP yang dihadiri oleh Mohd. Shafie selaku Pengerusi pada Januari 2020.

“Kenyataan saya berasaskan laporan audit jadi, apa yang saya mahu tarik balik. Malah, saya tidak menyalahkan Senallang. Saya hanya menyatakan fakta yang saya temui dalam minit mesyuarat SDB,” katanya.

Malah katanya, beliau menyatakan Senallang membuat terbitan bon RM1 bilion dan bukannya RM15 bilion jadi, tiada yang salah dinyatakan olehnya semalam.

Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M. Yahya meredakan suasana yang hanyat itu dengan menyatakan aturan urusan mesyuarat harus diteruskan maka, apa yang dibangkitkan Senallang akan diteliti melalui hansard yang dibuat dalam ucapan Menteri Kewangan semalam.

“Sekiranya ada kebenaran di sana, saya akan buat keputusan esok jadi, untuk hari ini kita akan teruskan dengan aturan urusan mesyuarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×