Warisan nafi adakan perhimpunan solidariti untuk Mohd Shafie

Warisan nafi adakan perhimpunan solidariti untuk Mohd Shafie

LORETTO S. Padua Jr. (tengah) bersama-sama ahli Warisan selepas membuat laporan polis di Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan dakwaan akan menganjurkan perhimpunan solidariti untuk Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Padang Merdeka pada 2 Ogos ini.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua Jr. berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran poster didakwa mengandungi maklumat palsu mengenai perhimpunan berkenaan.

“Poster itu disebarkan menerusi media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengelirukan orang ramai.

“Warisan tidak pernah merancang atau menganjurkan perhimpunan seperti yang didakwa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, poster itu bukan sahaja mengelirukan orang awam, sebaliknya mencemarkan imej pemimpin Warisan serta parti secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama mereka yang berada luar Kota Kinabalu dinasihatkan tidak datang semata-mata untuk menghadiri perhimpunan tidak wujud.

Mengena rayuan dikemukakan Mohd Shafie, beliau berkata, perkara itu wajar diserahkan kepada proses perundangan yang sedang berjalan.

Katanya, Warisan menghormati proses undang-undang dan tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×