'Ada parti guna RM8 juta sebar perkauman'

‘Ada parti guna RM8 juta sebar perkauman’

SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak RM8 juta dana awam digunakan untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan Warisan melalui mesej berunsur perkauman.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa jumlah itu telah meningkat daripada RM2 juta pada tahun sebelumnya untuk disalurkan ke platform media sosial seperti TikTok untuk serangan politik dan bukannya perkhidmatan awam.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang menggunakan dana awam tersebut.

“Mereka membelanjakan RM8 juta untuk itu. RM8 juta. Tahun lepas, mereka membelanjakan RM2 juta. Dan mereka membelanjakan RM8 juta ringgit untuk TikTok.

“Wang itu boleh dibelanjakan untuk pembangunan. Jangan mainkan isu perkauman,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan perhimpunan Mega Warisan malam tadi.

Mengulas lanjut, Shafie berkata tujuan serangan ini adalah untuk menggambarkan Warisan sebagai parti yang berasaskan etnik walaupun mesej parti itu menekankan perpaduan berbilang kaum.

“Tetapi malangnya, sekarang pun, apa yang kita mahukan adalah pembangunan, kemajuan. Selamatkan Sabah.

“Tetapi pertama sekali, kita mesti menyatukan rakyat Sabah terlebih dahulu, tanpa mengira kaum dan agama. Itulah yang penting bagi kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN