Warisan belum putus tanding PRK Lamag, Kinatabatangan

Warisan belum putus tanding PRK Lamag, Kinatabatangan

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebarang kenyataan yang menyebut Warisan telah memutuskan sama ada untuk bertanding atau tidak dalam kedua-dua PRK berkenaan adalah terlalu awal dan tidak tepat.

Menurut beliau, seperti mana-mana urusan pilihan raya yang lain, Warisan akan membuat keputusan melalui perbincangan dalaman serta proses parti yang sewajarnya.

“Setiap keputusan yang diambil akan mengambil kira kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebarang keputusan rasmi hanya akan diumumkan selepas proses perbincangan parti dimuktamadkan.

“Apabila keputusan telah dibuat, ia akan diumumkan secara rasmi melalui saluran yang dibenarkan oleh parti,” katanya.

Katanya semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan perlu merujuk kepada kenyataan telah disahkan dan dikeluarkan secara rasmi oleh parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN