‘Shafie Apdal antara 73 calon Warisan

PRN Sabah: Warisan bertanding di semua 73 DUN, Shafie pertahankan Senallang

Warisan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) mengumumkan senarai penuh calonnya bagi semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempertahankan kerusi DUN Senallang, sekali gus mengetuai jentera parti dalam usaha mengukuhkan kembali pengaruh Warisan di Sabah.

Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna merupakan salah seorang daripada tiga ahli Parlimen Warisan yang turut bertanding pada PRN kali ini.

Dua lagi ialah Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal di DUN Silam dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis di DUN Usukan.

Turut menarik perhatian ialah penyertaan Fauziah Stephens anak kepada Bapa Pengasas Sabah, Tun Fuad Stephens yang akan bertanding di DUN Bengkoka, kawasan kelahirannya sendiri.

Sebahagian besar penyandang kerusi DUN dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing, namun terdapat pertukaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Darell Leiking yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Warisan tidak mempertahankan kerusinya dengan tempatnya diisi oleh Terence Siambun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN