Perlu 80 peratus pengundi keluar untuk menang selesa

Perlu 80 peratus pengundi keluar untuk menang selesa

JOOHARI Ariffin (tengah) menyantuni pengundi dalam program Ziarah Kasih di Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Pakatan Harapan (PH) memerlukan kira-kira 80 peratus pengundi untuk keluar mengundi bagi membolehkan gabungan itu menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Sabtu ini.

Calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin berkata, sasaran itu selaras dengan usaha tanpa henti beliau bersama jentera yang bersungguh-sungguh berkempen mendekati pengundi di Sungai Bakap.

“Kita sasar nak capai 80 peratus (undi) ke atas, kita cuba ke arah itu, baru nampak kita bersaing, kan? Kalau kita menang dengan 40 peratus, (pengundi) kita faham.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pengundi juga perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing kerana mengundi ini bukan sekadar memilih pemimpin tetapi akan menentukan masa depan masyarakat Sungai Bakap.

“Jadi, saya amat berharap semua pengundi akan keluar mengundi pada Sabtu ini,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di Sungai Bakap di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hampir 85 peratus pengundi telah disantuni dalam tempoh kempen berbaki dua hari lagi.

“Saya rasa setakat ini nampak ok, nampak mereka menyokong kita.Yang putih Insya-Allah, yang kelabu pun dah nampak ada kecenderungan berpihak belah kita.

“Mereka (pengundi) akan pusing balik (undi PH) seperti mana yang berlaku pada undi lepas, saya yakin,” katanya.

Joohari akan ditentang oleh calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal, Abidin Ismail dalam pertembungan satu lawan pada PRK ini.

PRK DUN Sungai Bakap terpaksa diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Terdahulu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang selepas menewaskan calon PH ketika itu, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini