PETALING JAYA: Kerugian terkumpul dialami syarikat berkaitan kerajaan iaitu kumpulan MARA Inc berjumlah RM286.30 juta.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, defisit pegangan saham Mara Inc adalah berjumlah RM115.73 juta dan liabiliti semasa berjumlah RM234.96 juta pada tahun 2022.
Dedah laporan itu, objektif Mara INC untuk melaksanakan aktiviti pengurusan hartanah belum mencapai sepenuhnya.
“Pelaksanaan aktiviti kurang cekap sehingga menyebabkan kedudukan kerugian terkumpul sebanyak RM286.30 juta.
“Tunggakan pinjaman pula memberi impak kepada kedudukan libalitin semasa bersih. Keadaan ini menyebabkan MARA Inc tidak berupaya untuk membayar dividen kepada pemegang saham sejak 2014,” kata laoiran itu.
Justeru, LKAN mengemukakan beberapa syor antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Majlis Amanah Rakyat hendak menigkatkan pemantauan terhadap prestasi syairkat subsidiasti termasuk Mara Corp dan Mara Inc.
“Mara INC perlu menyemak semula objektif dan pelaksanaan aktiviti utama pengurusan hartanah yang menguntungkan dan memberi pulangan kepada Mara Corp,” katanya.
Selain itu, Mara INC perlu menambahbaik pengurusan dan pemantauan perjanjian pengurusan hartanah dengan pihak penyewa dan operator untuk menjamin kepentingan syarikat subdiari dan Mara INC.- UTUSAN










