Pemain tenis Serbia ‘digam’ 24 tahun kerana atur perlawanan

Pemain tenis Serbia ‘digam’ 24 tahun kerana atur perlawanan

MILICEVIC didakwa mengatur keputusan enam perlawanan, termasuk lima yang disertainya sendiri dan cuba mengatur enam lagi perlawanan antara 2022 hingga 2024. - IHSAN X Jose Moron
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tenis Serbia, Stefan Milicevic digantung selama 24 tahun sehingga Oktober 2050 selepas didapati terbabit dalam kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

Hukuman itu antara yang paling berat pernah dikenakan oleh badan penyiasat antirasuah tenis, selain penggantungan seumur hidup.

Milicevic, 29, didakwa mengatur keputusan enam perlawanan, termasuk lima yang disertainya sendiri dan cuba mengatur enam lagi perlawanan antara 2022 hingga 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA), Milicevic turut didakwa merekrut atau cuba merekrut beberapa pemain profesional untuk menyertai rangkaian kegiatan rasuah dalam sukan itu.

“Milicevic turut didakwa merekrut atau cuba merekrut beberapa pemain profesional sebagai sebahagian daripada rangkaian rasuah sepanjang tempoh yang sama, sehingga menyebabkan beberapa pemain lain turut mengatur keputusan perlawanan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pemain yang direkrutnya juga didakwa terbabit dalam kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

ITIA berkata, hukuman berat itu turut mengambil kira kegagalan Milicevic memberikan kerjasama dalam siasatan, meskipun badan bebas itu sudah tujuh kali cuba menghubunginya.

Selain penggantungan, Milicevic turut didenda £53,000 (kira-kira RM300,000) dan sepanjang tempoh hukuman, dia dilarang bermain, melatih atau menghadiri mana-mana kejohanan yang dianjurkan atau diluluskan oleh World Tennis, WTA, ATP, kejohanan Grand Slam atau persatuan tenis kebangsaan.

Milicevic pernah mencapai kedudukan tertinggi dalam kariernya di ranking dunia, iaitu tempat ke-1,338 pada 2014. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini