Jurulatih badminton tidak mengaku salah pandu kereta hingga menyebabkan kematian

Jurulatih badminton tidak mengaku salah pandu kereta hingga menyebabkan kematian

Tertuduh, Kum Yi Fan, 24, didakwa memandu kereta BMW warna hitam di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu kereta dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, awal pagi semalam. 

Tertuduh, Kum Yi Fan, 24, didakwa memandu kereta BMW warna hitam di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Zulkifli Md Ariff, 54, pada pukul 2.52 pagi semalam di Lebuh Raya Lingkaran Puchong di sini.  

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum  RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 jika disabitkan kesalahan.  

Mahkamah menetapkan 10 Oktober bagi sebutan kes. 

Di mahkamah sama, pekerja  bank, G. Sanjay Rai, 28, didakwa memandu kereta Proton X50 dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala penunggang motosikal, Irfan Jefri Mohamad Jafri, 18.

Kejadian berlaku pada 5.26 pagi  di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 atau maksimum RM50,000 jika disabitkan kesalahan. 

Kes ditetapkan pada 11 Oktober ini.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pemandu menyerahkan lesen memandu sehingga kes selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN