Rezeki nelayan darat di musim tengkujuh

Rezeki nelayan darat di musim tengkujuh

Nelayan darat
HELMI Alias menunjukkan ikan baung ekor merah anggaran seberat 10 kg selepas di tangkap di Sungai Kinta, Kampung Gajah. – UTUSAN / AINSAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Musim tengkujuh membawa rezeki kepada nelayan darat apabila hasil tangkapan ikan baung ekor merah meningkat dalam jumlah yang banyak di samping mendapat permintaan tinggi.

Nelayan darat, Helmi Alias, 47, berkata, jumlah tangkapan ikan spesis itu bertambah berkali ganda di musim tengkujuh.

“Kami tidak hiraukan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air sungai sekitar daerah ini meningkat, antaranya di Sungai kinta, Sungai Perak di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan air sungai yang deras dipercayai menyebabkan berlaku perpindahan spesies ikan termasuk ikan baung sejak lombong pecah disekitar berkenaan.” katanya ketika ditemui di sungai kinta di Permatang Pelandok.

Menurutnya, air sungai yang menjadi masam ketika musim tengkujuh turut menjadi faktor menyebabkan ikan baung jenis ekor merah muncul dan terperangkap dalam bubu raya,pukat belat yang dipasang nelayan darat.

“Selain itu, arus sungai yang deras turut menjadi faktor. Biasanya kelompok ikan baung ini akan mudik ke hilir sungai bagi mencari lokasi sesuai.

Helmi berkata, anggaran berat 10 kilogram ikan baung ekor merah, ikan rohu berjaya ditangkap dan dihantar kepada ke peraih ikan untuk dijual kepada pelanggan ,” katanya.

Katanya, ikan baung ekor merah dijual antara RM15 hingga RM20 sekilogram berdasarkan gred dan amat digemari kerana rasanya sedap dan kurang lemak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini