Lelaki warga China mabuk pandu kereta lawan arus

Lelaki warga China mabuk pandu kereta lawan arus

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga China yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas merempuh sebuah kereta ketika memandu melawan arus dalam kejadian di Jalan Lencongan Barat, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.20 malam itu, pengarah syarikat berumur 50-an itu memandu kereta Perodua Myvi melawan arus sejauh kira-kira 500 meter sebelum bertembung sebuah Proton Saga BLM dipandu lelaki tempatan.

Bagaimanapun lelaki warga asing berkenaan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka, manakala pemandu tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Daerah Kuala Muda digerakkan ke lokasi dan cuba melakukan ujian pernafasan terhadap lelaki terbabit.

“Pemandu terbabit kemudian ditahan dan dalam proses melakukan ujian darah untuk mengenal pasti tahap alkohol, selain dalam proses mengesan waris atau majikan suspek. Dia juga tiada sebarang rekod lampau,” katanya.

Hanyan berkata, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 45 (C) akta sama kerana enggan memberi sampel nafas atau darah semasa diminta.

Beliau turut meminta saksi termasuk yang sempat merakam kejadian itu tampil di mana-mana balai polis terdekat untuk membantu melengkapkan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN