Dakwaan gangguan seksual ketika kempen, Saifuddin jamin siasatan telus

Dakwaan gangguan seksual ketika kempen, Saifuddin jamin siasatan telus

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan menjalankan siasatan telus berhubung dakwaan berlakunya satu kes gangguan seksual terhadap petugas kempen Pakatan Harapan (PH) dalam satu program di Sungai Bakap di sini, malam tadi.

Menurut Saifuddin, ketika ini, pihaknya belum menerima berita berhubung kes itu, namun, beliau percaya siasatan akan dijalankan mengikut undang-undang yang digariskan.

“Belum sampai kepada saya berita itu (setakat ini). Pertama kali saya dengar sebab saya sibuk berkempen. Tetapi, kalau laporan dah dibuat, saya beri jaminan ia sepenuhnya di bawah bidang kuasa pihak polis.

“Dalam hal ini, kita akan guna peruntukan undang-undang yang ada, buat siasatan secara professional serta ikut jalur undang-undang. Itu saya boleh jamin,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, seorang wartawan sebuah rangkaian rangkaian televisyen tempatan dikatakan telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan yang dipercayai melibatkan seorang lelaki yang juga petugas kempen PH yang didakwa berkelakuan tidak senonoh.

Kejadian itu berlaku ketika pihak media sedang menemu ramah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir pada majlis perjumpaan pemimpin di Dewan Sungai Kechil di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×