KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari UMNO menjadi ahli Pas berkuat kuasa Jun tahun lalu. Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan penyertaan Jailani adalah sebulan sebelum Akta Anti Lompat Parti dipinda di Melaka bertarikh 31 Julai 2023. “Pada 10 Jun 2023, seorang ADUN di Melaka memohon untuk menjadi ahli Pas dan keahliannya diterima. Ketika itu belum ada…