Iltizam Cikgu Joohari komprehensif - Fadhlina

Iltizam Cikgu Joohari komprehensif – Fadhlina

FADHLINA Sidek (tengah) menyantuni masyarakat setempat di Simpang Ampat, Nibong Tebal, petang tadi.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Tawaran Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin menerusi konsep PADU sebagai iltizam dilihat sebagai manifesto yang komprehensif sekali gus diyakini dapat memanfaatkan penduduk Sungai Bakap.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, tawaran berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada akademik, tetapi meliputi keseluruhan aspek pembangunan di kawasan terbabit.

Katanya, pembangunan fizikal yang ditawarkan melalui infrastruktur dan isu-isu pembangunan di Sungai Bakap selain penekanan turut terkait rapat dengan akhlak dan akademik juga merupakan ‘niche’ atau kebitaraan Joohari sebagai mantan pengarah di peringkat institusi Kementerian Pendidikan sebelum ini.

“Bagi (perkataan) damai, saya ingat ini yang kita sedang juga pastikan bahawa seluruh kempen tertumpu kepada usaha damai, tiada budaya fitnah atau perkara memburukkan antara satu sama lain.

“Ternyata, calon ini (Joohari) telah bawa mesej yang sangat jelas dan pastinya juga, pengalaman beliau dalam bidang pendidikan membawa beliau kepada iltizam dan tawaran untuk semua disepadukan dalam perkataan ‘padu’.

“Tidak ada sebab mengapa rakyat Sungai Bakap perlu menolak beliau dan seharusnya, inilah calon yang layak kita angkat (sebagai wakil rakyat), apatah lagi dengan kepakaran beliau yang cukup lama dalam bidang pendidikan akan membawa kemakmuran kepada seiring dengan pengalaman-pengalaman pentadbiran yang dimilikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Fisioterapi dan Penjagaan Wajah bersama masyarakat setempat di Simpang Ampat, di sini hari ini.

Joohari yang juga bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara itu sebelum ini membentangkan iltizamnya ketika berucap di pentas Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Padang Lalang, di sini, malam tadi.

Lawan beliau pada PRK bagi kerusi DUN Sungai Bakap ini ialah calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Terdahulu, pilihan raya itu terpaksa diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×