Setiap menteri diarah memilih satu kampung angkat

Setiap menteri diarah memilih satu kampung angkat

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Jemaah Menteri menyambut baik idea dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berhubung ‘kampung angkat’.

Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, setiap menteri diarah memilih satu kampung angkat dan sebaik-baiknya kampung asal mereka dalam usaha menyelami masalah rakyat lebih mendalam dan menyeluruh.

Menurutnya, arahan oleh Perdana Menteri dibuat hasil pengalaman beliau yang pulang ke kampung halamannya di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Lawatan Perdana Menteri itu telah merungkai banyak pemasalahan rakyat apabila dapat bertemu ramai pemimpin akar umbi.

“Perdana menteri telah arah setiap menteri mengambil sebuah kampung angkat dan ini adalah satu usaha ada dimulakan sebelum ini tetapi beliau minta dirancakkan semula,” katanya.

Kelmarin, Anwar turut mencadangkan agar ketua pengarah dan jabatan memilih kampung asal mereka sebagai kampung angkat yang dilihat sebagai kaedah berkesan dalam mendapat input permasalahan di kawasan asal mereka sendiri menerusi maklumat yang dikumpulkan hasil perjumpaan tidak formal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×