Laporan interim Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Jun ini

Laporan interim Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Jun ini

Steven Sim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan interim berkaitan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig akan dibentangkan kepada Kabinet, Jun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, laporan penuh berhubung suruhanjaya berkenaan  pula bakal disiapkan dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan kajian dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan laporan interim dijangka dibentang kepada Kabinet menjelang 1 Jun.

“Selepas itu, dalam masa dua atau tiga bulan kita akan membentangkan laporan penuh  tentang fungsi, perundangan, keahlian, implikasi kewangan, bidang kuasa dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.

Terdahulu perdana menteri meminta agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan memandangkan terdapat kumpulan pekerja yang tidak diwakili secara langsung dalam membela kebajikan mereka.

Penubuhan suruhanjaya diumumkan perdana menteri ketika majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac lalu bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda.

Mengenai perkembangan kajian kadar gaji minimum, Sim berkata ia dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.

Beliau berkata kajian teknikal mengenai perkara itu telah siap dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara dalam masa terdekat dan seterusnya dibentang kepada Jemaah Menteri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN