Isteri ‘wayang’ punca suami skandal dengan remaja 15 tahun 

Isteri ‘wayang’ punca suami skandal dengan remaja 15 tahun 

GAMBAR fail Mahkamah Negeri Singapura
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 15 tahun merayu terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pembelaannya, lelaki itu memetik laporan ahli psikologi yang menyatakan dia mengalami tekanan emosi akibat penyakit ‘wayang’ isterinya yang menjejaskan kehidupan seks mereka.

‘Wayang’ ialah istilah yang menggambarkan seseorang itu terlalu dramatik dan bersikap acuh tidak acuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Warga Singapura berusia 41 tahun itu tidak boleh dinamakan kerana perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang melarang pengecaman identiti mangsa, saksi dan tertuduh.

Dia mengaku bersalah pada April lalu atas pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur serta empat pertuduhan lain yang berkaitan diambil kira.

Menurut penghakiman yang disediakan pada hari ini, lelaki itu dikatakan menemukan profil kanak-kanak itu dalam aplikasi temu janji dalam talian sebelum pertengahan Mac 2022.

Dia menghubungi remaja itu melalui Telegram kerana mendapati gadis itu menarik serta bertanya sama ada berminat dengan sugar daddy selain menawarkan elaun mingguan.

Dia juga meminta gadis itu untuk bergambar seksi dan mendedahkan diri.

Pasangan itu bertemu dua kali pada Mac dan April pada 2022 di mana mereka melakukan hubungan seks. 

Pada kali pertama, lelaki itu membayarnya S$200 (AS$148 atau RM696).

Gadis itu memberitahu berusia 18 tahun walaupun hakikat sebenarnya berusia 15 tahun.

Pihak pendakwaan memohon penjara 10 hingga 12 bulan manakala peguam bela, Sinnadurai T Maniam meminta hukuman paling rendah yang diminta oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata pengakuan bersalah adalah manifestasi anak guamnya tentang penyesalannya yang amat mendalam dan berkata anak guamnya selama ini (berada) berpandangan bahawa (dia) berumur 18 tahun.

Peguam itu juga berkata keluarga anak guamnya terutamanya isterinya yang menghidap kanser darah akan mengalami trauma dan kesusahan yang luar biasa jika dia dilayan terlalu keras.

Pihak pembelaan mengemukakan laporan oleh ahli psikologi yang menyatakan kisah kehidupan lelaki itu pada masa kesalahan itu.

Lelaki itu berkata dia mengalami ‘roller-coaster’ emosi dari awal 2020 hingga Disember 2022 akibat penyakit ‘wayang’ isterinya.

Walaupun berjumpa dengan ramai doktor dan menjalankan banyak ujian darah, simptom-simptom itu berterusan tanpa diagnosis atau rawatan yang konkrit.

Hakim Daerah, Sharmila Sripathy-Shanaz berkata undang-undang itu menganggap gadis muda di bawah umur iaitu 16 tahun sebagai kurang kematangan seksual dan emosi untuk membuat keputusan demi kepentingan terbaik mereka tentang seksualiti mereka.

Dengan itu, lelaki itu sewajarnya mengambil peranan paternalistik dengan mencegah pendedahan kepada aktiviti seksual tanpa mengira persetujuan mereka.

Dia mendapati laporan ahli psikologi itu tidak beralasan tanpa penjelasan yang tepat tentang bagaimana diagnosis itu dicapai, dan sangat kurang sehingga tidak bernilai kepada mahkamah dalam kes ini.

Pesalah itu diikat jamin sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman itu. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini