MCA, UMNO ibarat adik beradik, teruskan perjuangan dalam BN

MCA, UMNO ibarat adik beradik, teruskan perjuangan dalam BN

WEE Ka Siong ditemui pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan akrab antara MCA dan UMNO akan terus diperkukuhkan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hubungan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan MCA sudah lama terjalin malah kedua-duanya merupakan parti tunjang dalam BN.

“Kami telah bersetuju bahawa hubungan akrab antara parti BN sangat penting, UMNO dan MCA sebagai parti tunjang dalam BN dan ini sudah lama kami bekerjasama

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami diibaratkan sebagai adik-beradik dan kami pernah bantu antara satu sama lain. Kedua parti ini mempunyai sejarah yang agak panjang dan saya rasa dalam konteks ini kita perlu merapatkan saf untuk teruskan perjuangan bersama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Wisma MCA di sini hari ini. 

Menurutnya, MCA juga diberi jaminan bahawa representasi masyarakat Cina melalui parti itu tidak akan dipinggirkan, selain terus diperkukuhkan.

“Yang penting adalah jaminan untuk kami ataupun masyarakat Cina melalui MCA dapat kami mengekalkan representasi atau memperkukuhkan representasi,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini