Isu MCA sudah selesai - Ab Rauf

Isu MCA sudah selesai – Ab Rauf

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melibatkan MCA telah diselesaikan oleh Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh ketika ditemui Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Kehadiran beliau adalah untuk Majlis Penyerahan Watikah Calon BN yang akan bertanding pada PRN Melaka 14 Oktober ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dah selesai, apa pula tidak selesai,” katanya.

Turut tiba Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bersama calon DUN Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

Turut kelihatan ialah calon DUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Datuk Tuminah Kadi (Pantai Kundor); Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan (Asahan); Datuk Zulkiflee Mohd. Zin (Taboh Naning); Datuk Dr. Mustafa Musa (Durian Tunggal) dan Datuk Khaidirah Abu Zahar (Rim).

Calon DUN Ayer Molek, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali dan Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu) tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sebelum ini, BN mengumumkan 21 calon PRN Melaka dengan lapan daripadanya merupakan muka baharu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perbincangan khas bersama kepemimpinan MCA berhubung pembahagian kerusi selesai dengan perkembangan positif.

Beliau berkata, perbincangan itu membabitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ab. Rauf.

Ini susulan MCA bertegas tidak mengiktiraf mana-mana calon yang diumumkan BN bagi PRN Melaka tanpa persetujuan kepemimpinan tertinggi parti.

Ka Siong berkata, tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan MCA tidak boleh diterima, selain mendakwa kerusi yang sebelum ini ditandingi parti itu diberikan kepada parti lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini