Utusan ASEAN ketuai misi kemanusiaan ke Myanmar

Utusan ASEAN ketuai misi kemanusiaan ke Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Utusan ASEAN, Ma. Theresa Lazaro yang juga Setiausaha Luar Filipina akan mengadakan lawatan selama dua hari ke Myanmar, termasuk ke negeri Shan dan mengadakan pertemuan di ibu negara Naypyidaw.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan mengenai pertemuan yang dijadualkan berlangsung sepanjang lawatan itu.

LKerajaan Myanmar yang disokong tentera masih belum mengesahkan lawatan berkenaan. Pada Ogos lalu, kerajaan itu berkata, utusan khas tidak lagi diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Reuters, Lazaro sebelum ini meminta kebenaran untuk bertemu pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi yang ditahan sejak digulingkan daripada kuasa dalam rampasan kuasa tentera pada 2021.

Myanmar terus dilanda perang saudara susulan rampasan kuasa itu, dengan dianggarkan 100,000 orang terbunuh dan lebih 3.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kepimpinan tertinggi Myanmar masih dilarang menghadiri mesyuarat utama ASEAN berikutan kegagalan negara itu mematuhi pelan damai yang diterajui blok serantau berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa negara anggota ASEAN baru-baru ini menerima pemimpin rampasan kuasa, Min Aung Hlaing untuk lawatan rasmi, termasuk Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Aung Hlaing dipilih sebagai Presiden pada April lalu selepas pilihan raya yang didominasi parti disokong tentera dan mencatat kemenangan besar, sekali gus meneruskan usahanya untuk memulihkan hubungan Myanmar dengan ASEAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini