Filipina panggil duta China isu kenyataan 'ancaman'

Filipina panggil duta China isu kenyataan ‘ancaman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kementerian Luar Filipina memanggil duta China ke Manila pada Isnin selepas beliau berkata, Beijing akan ‘menang dengan mudah’ sekiranya berlaku konflik antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu mendorong beberapa senator tempatan menggesa supaya beliau diusir.

Setiausaha Luar Filipina, Maria Theresa Lazaro menyuarakan kebimbangan serius dan bantahan keras kepada Duta China, Jing Quan berhubung kenyataan terbuka beliau pada 15 Oktober 2026 yang disifatkan sebagai ancaman penggunaan kekerasan, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertikaian itu tercetus susulan beberapa insiden membabitkan tentera dan pengawal pantai kedua-dua negara jiran di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Beijing menuntut hak ke atas sebahagian besar laluan perairan strategik itu meskipun keputusan antarabangsa mendapati tuntutan berkenaan tidak mempunyai asas undang-undang.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro yang melabelkan Beijing sebagai ‘pencetus masalah’ serantau, Quan memberitahu pemberita minggu lalu Manila sepatutnya berasa bertuah kerana mempunyai negara jiran seperti China.

“Jika kami mahu menggunakan kekerasan, kami boleh menang dengan mudah. Namun, kami tidak akan memilih jalan kekerasan dan kami cintakan keamanan,” katanya selepas menyampaikan ucapan di sebuah sekolah di Manila.

Kenyataan itu mencetuskan desakan daripada beberapa ahli politik, termasuk sekurang-kurangnya dua senator yang masih berkhidmat, supaya Manila mengusir duta berkenaan.

“Kementerian berhak mengambil tindakan diplomatik selanjutnya sebagaimana yang difikirkan perlu,” menurut kenyataan kementerian pada Isnin, sambil menambah Lazaro memberitahu Quan kenyataannya bersifat provokatif dan tidak boleh diterima.

Kedutaan China belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas perkara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini