PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa meneruskan bantuan STR dengan jumlah penerima ditambah kepada 9 juta pada 2024 yang memanfaatkan sebanyak 60 peratus rakyat dewasa. “Peruntukan STR pada 2023 berjumlah RM8 bilion iaitu tambahan pada sebelumnya, (manakala) pada 2024, jumlahnya ialah sebanyak…










