MITRA dipulangkan semula kepada JPM - Utusan Malaysia

MITRA dipulangkan semula kepada JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah diputuskan hasil perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, proses perpindahan unit berkenaan ke JPM akan ditentukan kemudian.

“Saya percaya maklumat lanjut mengenai perpindahan unit itu akan dimaklumkan MITRA kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Ditanya hala tuju dan fokus MITRA selepas ini, Fahmi berkata, unit itu akan diuruskan dengan lebih fokus oleh Perdana Menteri dan mencapai matlamat asalnya.

“Sudah pasti pulangnya MITRA ke JPM maka fokus khusus oleh Perdana Menteri akan diberikan bagi memastikan unit itu dapat diurus dengan baik dan matlamatnya dikembang luas,” katanya.

Ditanya rasional perpindahan unit itu ke JPM, Fahmi berkata, ia dibuat selepas keputusan bersama antara Perdana Menteri dan Menteri Perpaduan.

Sebelum ini, kedudukan MITRA ‘tergantung’ dan belum ditentukan serta diputuskan untuk diletakkan di bawah mana-mana kementerian.

Perdana Menteri sebelum ini mahu unit khas itu diletakkan semula bawah Kementerian Perpaduan Negara biarpun sebelum ini diletakkan di bawah JPM.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN