Lima subjek MSU tersenarai dalam QS WUR by Subject 2024

Lima subjek MSU tersenarai dalam QS WUR by Subject 2024

MANAGEMENT and Science University (MSU) menawarkan lima subjek yang tersenarai dalam QS WUR by Subject 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima subjek dari Management and Science University (MSU) tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) by Subject 2024.

Kejayaan itu mengatasi pencapaian tahun lalu dengan hanya tiga subjek yang tersenarai.

Menurut laporan itu, subjek yang mencatat pencapaian terbaik pada tahun ini bagi MSU ialah Hospitality & Leisure Management yang disenaraikan pada kedudukan ke-29 dunia dan kedua di Malaysia, iaitu peningkatan sebanyak 17 anak tangga daripada tahun lalu.

Turut mencatat peningkatan ialah subjek Art & Design yang disenaraikan pada kedudukan 51-100 dunia manakala terbaik di Malaysia.

Bagi Subjek Business & Management Studies, MSU disenaraikan pada kedudukan 251-300 dunia dan kelapan di Malaysia, iaitu peningkatan sebanyak 50 anak tangga daripada 2023.

Selain itu, subjek Social Sciences & Management tersenarai untuk pertama kali yang berada pada kedudukan 501-550, ke-10 di Malaysia serta subjek Computer Science & Information Systems pada kedudukan 601-650 manakal ke-13 di Malaysia.

Penilaian iu melibatkan 1,559 institusi di seluruh dunia merentasi 54 subjek dan lima disiplin pengajian iaitu Art & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, Natural Sciences dan Social Sciences & Management. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya