MSU raih Anugerah Emas Putra Aria Brand 2025

MSU raih Anugerah Emas Putra Aria Brand 2025

MSU
Rosli (kanan) mewakili MSU untuk menerima Anugerah Emas pada Putra Aria Brand 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Management and Science University (MSU) sekali lagi mengukir kejayaan apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah Emas Putra Aria Brand 2025 bagi kategori Education and Learning.

Pengiktirafan berprestij itu menandakan pencapaian penting MSU dalam usaha berterusan memperkukuh kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi yang dipercayai di Malaysia.

Menurut MSU, kejayaan tersebut turut mengukuhkan kekuatan jenama universiti itu serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap komitmen MSU dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan relevan dengan keperluan industri serta masyarakat.

“Anugerah Putra Aria Brand merupakan antara platform pengiktirafan jenama paling berprestij di negara ini yang menilai kecemerlangan, daya tahan dan sumbangan bermakna organisasi dalam sektor masing-masing.

“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut MSU menerima Anugerah Emas selepas turut memenangi Anugerah Perak pada 2023 dan Anugerah Gangsa pada 2022,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah berkenaan diterima oleh Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU, Datuk Rosli Yusof yang mewakili pihak universiti.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan MSU dalam membina jenama pendidikan tinggi yang dekat di hati rakyat serta diiktiraf di peringkat global.

Kejayaan itu juga menjadi pemangkin kepada warga universiti untuk terus memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 bagi melahirkan graduan seimbang, berkemahiran tinggi dan serba boleh selaras moto Transforming Lives, Enriching Future.

MSU turut giat memacu agenda transformasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat melalui laluan pendidikan fleksibel seperti pembelajaran berasaskan kerja dan pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Putra Aria Brand Awards yang diperkenalkan pada 2022 oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) menyaksikan 182 organisasi menerima anugerah pada edisi 2025 berdasarkan kajian melibatkan 50,000 responden pengguna di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN