Jangan hanya merengek, mencaci di luar, pilihlah berunding cara baik - Anwar

Jangan hanya merengek, mencaci di luar, pilihlah berunding cara baik – Anwar

ANWAR Ibrahim pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar mana-mana pemimpin yang memilih untuk hanya merengek di luar dan mencaci kerajaan tanpa mengambil sikap berunding untuk bekerjasama dalam membantu rakyat semua kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, dalam usaha masing-masing untuk mengangkat martabat dan mahu suku kaum atau wilayah itu mendapat perhatian lebih dari kerajaan, caranya ialah bekerjasama dan berunding dengan baik.

Dalam hal ini, beliau menghormati pandangan Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran yang memilih untuk datang berdepan dengannya dengan membawa masalah masyarakat India demi mendapat perhatian kerajaan bagi mengangkat martabat mereka.

“Kita dengar masalah masyarakat semuanya, ada memilih untuk kerjasama dan ada memilih hanya mencaci dan melihat semua tidak betul, marah-marah guna media sosial, maki hamun.

“Mereka tidak berunding, tak minta jasa baik untuk bekerjasama, tidak menerima apa sumbangan baik yang telah dilakukan kerajaan.

Orang-orang itu tidak menguntungkan masyarakat kita.

“Semua pemimpin India baik dari PKR, DAP, MIC  memilih untuk berunding demi membantu dan meningkatkan mutu hidip rakyat dari semua kaum, ini cara kita harus kita pilih,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Anwar meluluskan dana berjumlah RM2 juta untuk Kolej TAFE di bawah MIED.

Anwar pada masa sama mahu mengajak masyaraka India untuk membuat pilihan terbaik membina negara bersama dan bekerja sebagai satu pasukan.

“Ia bukannya memilih forum untuk komen dan menafikan apa sahaja sumbangan kerajaan ini.

“Saya telah beritahu kepada semua masyarakat India nilai saya berdasarkan tindakan dan saya telah arahkan semua isu berkaitan masyarakat pelbagai kaum, kami beri perhatian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN