PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 27 April ini, manakala undi awal ditetapkan pada 7 Mei depan. “Sejumlah 40,226 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan…










