Pudina dapat pemintaan tinggi semasa Ramadan

Pudina dapat pemintaan tinggi semasa Ramadan

KERJA mengutip daun pudina di kebun hidroponik yang diusahakan Abdul Kadir Surip di Sungai Manik. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Daun pudina segar mendapat permintaan tinggi semasa bulan Ramadan.

Ini kerana daun itu digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan juadah untuk berbuka puasa.

Ini membolehkan seorang pekebun yang menanam pudina di Parit 15B, Sungai Lampam, Sungai Manik dekat sini, Abdul Kadir Surip, 60, memperoleh lebih pendapatan melalui tanaman yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, pada hari biasa, jualan daun pudina boleh mencecah 450 pot atau pasu kecil yang kemudiannya dibungkus dan dijual pada harga RM5 sebungkus.

“Namun sejak sebelum berpuasa lagi jualan daun pudina naik sehingga 850 pot yang kemudiannya dibungkus. 

“Jualan daun pudina meningkat kerana permintaan yang tinggi sebagai bahan perasa yang segar untuk pelbagai jenis masakan.

“Setiap kali Ramadan, saya dapat meningkatkan jualan yang biasanya dibeli oleh peniaga kecil di pasar pagi, mini market, kedai runcit, restoran tomyam dan katering  untuk kegunaan masakan gulai kambing, kari ayam, laksa, mi kari dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini jualannya diperluaskan sehingga ke Teluk Intan dan Seri Iskandar.

Abdul Kadir  memulakan tanaman pudina dan sayur secara hidroponik dengan modal sendiri, disusuli bantuan daripada kerajaan untuk golongan B40.

“Katanya, selain daun pudina, dia turut menanam pelbagai jenis sayuran lain yang ditanam secara hidroponik seperti daud sup, sawi dan pegaga.

“Selepas Ramadan saya akan bertukar kepada tanaman sayur lain yang lebih mendapat permintaan tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN