Permit pindah padi ke luar negeri dibeku sejak 20 Jun 2023

Permit pindah padi ke luar negeri dibeku sejak 20 Jun 2023

SEMUA permohonan permit perpindahan padi daripada ke luar negeri dibekukan sejak 20 Jun tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua permohonan permit perpindahan padi daripada ke luar negeri dibekukan sejak 20 Jun tahun lalu.

Menurut Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), arahan tersebut adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] melalui fungsi Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.

Katanya, arahan pembekuan itu masih berkuat kuasa sehingga kini sebagai langkah intervensi KPKM bagi mengatasi isu bekalan beras setempat serta mengambil kira kebajikan para petani.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat lebihan hasil padi di dalam negeri dan ada keperluan untuk menjual padi merentasi negeri, permohonan boleh dikemukakan di pejabat KPB negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah KPB.

“Justeru, kenyataan yang diberikan bahawa Kerajaan Negeri yang mengeluarkan arahan pembekuan perpindahan padi adalah tidak tepat dan mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, Kerajaan Negeri itu mengarahkan semua permit pemindahan padi keluar daripada negeri ini, dibekukan.

Katanya, arahan itu antara mekanisme kawalan bagi mengelakkan hasil padi negeri dijual ke negeri lain dan pemindahan padi tanpa permit adalah satu kesalahan dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN