Hanya satu syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia

Hanya satu syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia

ABDUL Wahid Omar ketika pembentangan sesi libat urus pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya satu syarikat bumiputera daripada 97 syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dalam tiga tahun kebelakangan ini mempunyai majoriti saham, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Wahid Omar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perkara tersebut adalah membimbangkan dan mencerminkan penyertaan sebenar bumiputera dalam sektor perniagaan.

“Penguasaan korporat dalam kalangan syarikat tersenarai awam adalah masih rendah iaitu tujuh peratus melibatkan 62 syarikat tersenarai awam (PLC) daripada keseluruhan 945 PLC pada 2022.

“Ini suatu ‘wake-up call’ (bagi kita), situasi sebenar yang berlaku,” katanya pada sesi pembentangan hasil libat urus pengurusan korporat dan penciptaan kekayaan pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kadar pemilikan ekuiti bagi saham tersenarai dan tidak tersenarai juga masih rendah iaitu 18.4 peratus dalam kalangan bumiputera.

“Angka tersebut masih jauh untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB),” ujarnya.

Abdul Wahid berkata, punca utama kegagalan itu adalah golongan bumiputera sentiasa menumpukan dasarnya pada sektor awam, bukan swasta.

“Perkara itu menyebabkan ekonomi bumiputera hanya mencapai sasaran 17.8 peratus, berbanding sektor swasta 76.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN