PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 11 ketua perwakilan asing ke Malaysia dan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Duta Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara, hari ini.
Ketua Perwakilan Asing berkenaan ialah Duta Besar Republik Filipina, Maria Angela Abrera Ponce; Duta Besar Republik Uzbekistan, Karomidin Gadoev; Duta Besar Iran, Valiollah Mohammadi Nasrabadi; Duta Besar Bosnia & Herzegovina, Dr. Edin Jahić dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Danielle Heinecke.
Selain itu, Duta Besar Amerika Syarikat, Edgard D. Kagan; Pesuruhjaya Tinggi Tanzania, Dr. Mahadhi Juma Maalim; Duta Besar Republik Kyrgyz, Anvar Anarbaev; Duta Besar Colombia, Alejandro Rosselli Londoño; Duta Besar Denmark, Sten Frimodt Nielsen dan Duta Besar Sudan Selatan, Monday Semaya Kenneth Kumba.
Seri Paduka juga berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd. Zamruni Khalid; Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd. Hashim; Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Shaharuddin Onn dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria, Aiyub Omar. – UTUSAN










