Sultan Ibrahim terima menghadap KPN, Pengarah Pengurusan - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim terima menghadap KPN, Pengarah Pengurusan

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail (dua dari kanan), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail hari ini. 

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Dalam sesi menghadap itu, Mohd. Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September lalu. 

Mohd. Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu iaitu Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini