REE: Terengganu jalin kerjasama dengan pelabur dari Korea Selatan - Utusan Malaysia

REE: Terengganu jalin kerjasama dengan pelabur dari Korea Selatan

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) memperkatakan sesuatu ketika melawat Pasar Besar Jertih selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci pasar tersebut, di Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu sedang memperhalusi keputusan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelabur dari Korea Selatan khususnya dalam sektor berkaitan unsur nadir bumi (REE).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah melakukan beberapa perbincangan serius dengan pihak pelabur dari negara berkenaan.

“Kita melihat sektor terbabit berpotensi dibawa masuk ke negeri ini, selepas ini saya sendiri akan ke sana (Korea Selatan) untuk tengok keadaan serta buat keputusan akhir (hasil perbincangan).

” Insya-Allah jika tidak ada apa-apa aral kita berharap pada tahun ini kita akan melihat pelbagai Industri berkenaan dapat masuk ke Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Pasar Besar Jertih, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menambah, kerajaan negeri turut mengadakan rundingan beberapa pihak lain termasuk Petronas bagi melihat potensi pelaburan daripada pelbagai sektor lain antaranya bekalan hidrogen serta tenaga.

“Pelaburan yang dilaksanakan kelak dalam bentuk perindustrian bukan membabitkan projek membaik pulih projek terbengkalai.

“Namun kita terbuka dan bersedia untuk mengadakan rundingan bersama Kerajaan Pusat sekiranya membabitkan isu projek terbengkalai di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat,” katanya.

Katanya, pihaknya memandang serius dalam aspek pemilihan kontraktor bertangungjawab menguruskan sesuatu projek pembinaan

Tambahnya, antara faktor projek terbengkalai sebelum ini adalah disebabkan kontraktor tidak mampu menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×