Tiga kesan tikaman ditemukan di perut dan pipi pegawai AKPS

Tiga kesan tikaman ditemukan di perut dan pipi pegawai AKPS

ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga kesan tikaman ditemukan pada tubuh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai, di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami dua kesan tikaman pada bahagian kiri perut dan satu lagi pada pipi kanan.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian mangsa belum dapat dipastikan kerana proses bedah siasat dijadualkan dijalankan esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut menemukan sebilah pisau di atas tilam dalam bilik utama kediaman mangsa selepas ditunjukkan oleh suspek.

“Pisau berkenaan disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan telah diambil untuk pemeriksaan forensik,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Alzafny berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan perselisihan rumah tangga selepas mangsa menyatakan hasrat untuk bercerai.

“Berdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa mangsa memaklumkan bahawa permohonan perceraian telah difailkan ketika dia masih menjalani hukuman penjara.

“Bagaimanapun, katanya, tarikh sebenar pemfailan permohonan perceraian itu masih dalam proses pengesahan menerusi dokumen rasmi berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak masing-masing berusia enam dan lima tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini