GEORGE TOWN : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak mengesan sebarang perubahan ketara dalam kualiti air terawat yang dibekalkan di negeri ini susulan pembuangan sisa ladang ke Sungai Kulim, Kedah baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan berkata, Sungai Kulim merupakan sumber air mentah yang diteroka untuk mengisi semula Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) dan menghasilkan air terawat setiap hari di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Toh Allang…