Terjun jambatan: JBPM gesa pasang penghadang

Terjun jambatan: JBPM gesa pasang penghadang

jambatan
ZAINAL Madasin (kiri) bertanya khabar kepada ahli keluarga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. -UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggesa kerajaan negeri supaya memasang penghadang bagi mengelakkan kes terjun jambatan terus berlaku pada masa hadapan.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pemasangan itu dilihat satu keperluan mendesak selepas 17 kes berkait insiden berkenaan direkodkan sepanjang 2021 hingga Januari tahun ini termasuk kejadian terbaharu semalam.

“Kita tidak tahu punca mangsa bertindak sedemikian sama ada mempunyai masalah peribadi atau kesihatan sebelum terjatuh.

“Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat mengambil idea dan pandangan saya untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Jambatan Tendong, di sini hari ini.

Zainal memberitahu, kejadian di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini mencatatkan kes tertinggi iaitu sembilan kes diikuti Jambatan Tendong dengan tiga kes.

Selain itu, katanya, dua kes jatuh jambatan dicatatkan berlaku di Jambatan Salor, Pasir Mas manakala tiga lagi kes masing-masing di Jambatan Tok Bali, Jambatan Pok Nik Lah dan Jambatan Wakaf King.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini semalam.

Abang kepada mangsa, Sukardi Ismail, 47, berkata, adiknya, Norhisyam Ismail, 43, berpesan kepada bapa mentuanya untuk datang mengambil kereta jenis Mercedes Benz E250 CGI kerana ia mengalami kerosakan semasa berada di atas jambatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya