Siapa Yang Dipertua Dewan Negara baharu?

Siapa Yang Dipertua Dewan Negara baharu?

lompat parti
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekosongan kerusi Yang Dipertua Dewan Negara selepas Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar didakwa meletak jawatan baru-baru ini, mencetus persoalan siapa individu yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Wan Junaidi.

Wan Junaidi dikhabar bakal menggantikan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan namun setakat ini teka teki itu belum muktamad apabila Persekutuan memaklumkan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Parlimen (Dewan Negara dan Dewan Rakyat) akan memulakan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 2024 pada 26 Februari ini, sebulan sebelum istiadat pembukaannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 22 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama calon Yang Dipertua Sarawak sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan setelah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengemukakan nama tersebut.

Ketika ini, belum ada individu disebut-sebut sebagai pengganti kepada bekas menteri undang-undang itu. Wan Junaidi hingga hari ini juga memilih untuk berdiam diri daripada mengulas perkara itu.

“Saya tidak akan menjawab. Maaf,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Anwar sebelum ini berkata, pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu akan dibincang oleh sekretariat Kerajaan Perpaduan pada hari sama, supaya dapat disegerakan.

Sekiranya keadaan itu benar-benar berlaku, Wan Junaidi tidak dapat meneruskan impian reformasi undang-undang dengan memperkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) seperti disuarakan beliau pada tahun lalu.

Yang ada hanyalah impian tinggal impian, kerana beliau tidak lagi mempunyai kapasiti untuk berunding secara terus dengan Persekutuan bagi merealisasikan undang-undang berkenaan.

Melainkan, Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai iltizam politik teguh untuk menggesa badan Eksekutif memperkasa undang-undang dan institusi Parlimen di negara ini.

Wan Junaidi memulakan langkah memperkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen sejak dilantik menjadi menteri undang-undang pada 2021, di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuh oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1992 dan merupakan salah satu janji reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak ditepati selama 22 bulan berkuasa.

Bekas Ahli Parlimen Santubong itu sebelum ini merancang bersara politik, namun menerima tawaran sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun tahun lalu.

Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Mesyuarat 2 (1) menyatakan aturan memilih Tuan Yang Dipertua iaitu tiap-tiap ahli yang hendak mencadang nama ahli hendak dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua, mestilah memastikan ahli itu suka berkhidmat jika dipilih dan hendaklah memberitahu setiausaha akan cadangannya, sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara ketika ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau merupakan calon daripada kerajaan mendapat undi tertinggi (43 undi) mengatasi Ahli Dewan Negara daripada pembangkang, Datuk Razali Idris (11 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN